Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Pengerang - 14 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Pengerang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Pengerang

Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

4. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

5. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19

6. PEMBANTU JURUAUDIT W19

7. PEMANDU KENDERAAN H11

8. ARKITEK J41

9. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29

10. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29

11. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

12. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

13. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

14. PEMBANTU OPERASI N11


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Ogos 2023 (Isnin)



Objektif

Majlis Perbandaran Pengerang merupakan sebuah PBT baharu yang ditubuhkan khusus untuk mentadbir urus Pengerang yang sedang rancak membangun, menerusi projek mega hab petroleum dan gas - Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).

Majlis Perbandaran Pengerang diwujudkan bagi memberikan perkhidmatan berorientasikan pelanggan, mesra pelabur dan mengutamakan masyarakat setempat. Bagi mencapai aspirasi dan wawasan ini, Majlis Perbandaran Pengerang komited dalam memastikan perkhidmatan yang profesional, berwibawa dan efisien.

Kawasan Majlis Perbandaran Pengerang seluas 128,830 hektar dan merangkumi lima (5) mukim iaitu Mukim Pengerang, Mukim Tanjung Surat, Mukim Johor Lama, Mukim Pantai Timur dan Mukim Sedili Kecil. Dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan, semoga kewibawaan serta profesionalisme Majlis Perbandaran Pengerang di tahap yang terbaik. Begitu juga dalam meningkatkan kecekapan dan kepantasan sistem perkomputeran serta tadbir urusnya yang amat dituntut oleh pembayar cukai.

Majlis Perbandaran Pengerang juga berharap Pengerang menjadi sebuah Bandar Bestari dan Lestari di bawah 'flagship' Program Pengerang Pintar (Smart Pengerang), Inisiatif Hijau dan Bandar Karbon Rendah (Low Carbon City). Usaha ini merangkumi penyediaan infrastruktur terkini, tadbir urus cekap dan teknologi pintar dalam penyediaan blue print pembangunan masa depannya.

Post a Comment

0 Comments