Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) - 3 September 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP)

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32/N36

N32 : RM 2,844.00 - RM 6,256.00 Kenaikan Tahunan : RM 155.00
N36 : RM 3,527.00 - RM 7,506.00 Kenaikan Tahunan : RM 180.00

Syarat Peningkatan Secara Lantikan :

i) Calon bagi peningkatan secara lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan 55 atau 56 tahun; atau

(c) Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(d) Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

(e) Kenaikan Pangkat Ke Gred N32

i. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N32 yang kosong apabila telah :

a) disahkan dalam perkhidmatan;

b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

c) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

f) Kenaikan Pangkat Ke Gred N36

i. Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir N36 yang kosong apabila telah :

a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;

b) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan

c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan



2. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP29

RM 1,493.00 RM 5,696.00 RM 145.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29; RM1,493.00) atau

ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00) atau

iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan ialah pada Gred KP29: RM1,493.00) atau

iv) Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00) atau

v) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95) atau

v) Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15) 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Tarikh Tutup Permohonan : 03 September 2023 (Ahad)





Latar Belakang

MDPP atau nama penuhnya Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri yang ditubuhkan pada 1 Januari 1979 selaras dengan penyusuan semula penguasa tempatan di seluruh Negara di bawah Akta 171 tahun 1976. Kawasan pentadbiran Majlis adalah merupakan pencantuman kawasan Penguasa Tempatan yang telah sedia sebelum 1979 iaitu Lembaga Bandar Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar daripada dua penguasa tempatan tersebut.

Pihak berkuasa Negeri Kelantan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke- 24/1998 yang bersidang pada 16 Disember 1998 telah membuat keputusan untuk memperluaskan kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh bagi meliputi keseluruhan Jajahan (Daerah) Pasir Puteh. Pengubahan sempadan oleh sesebuah Penguasa Tempatan adalah dibenarkan sebagaimana perutukan seksyen 4 (3), Akta Kerajaan Tempatan , 1976 (Akta 171),iaitu :

" Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, boleh, melalui pemberitahuan dalam warta, mengubah sempadan mana-mana kawasan Pihak Berkuasa Tempatan."

Post a Comment

0 Comments