Jawatan Kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) - 18 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Jawatan:

1. PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAMME (MySTEP)

• Kadar Upah : RM 1,900.00 /bulan
• Penempatan : 1 kekosongan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Teen Educator) di Unit Kaunseling Keluarga, Pusat Keluarga Shah Alam LPPKN Negeri Selangor.

Syarat Kelayakan Am:

• Warganegara Malaysia berumur 18 - 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

• Mempunyai kelayakan akademik seperti jadual di atas;

• Mempunyai perwatakan dan peribadi yang ceria, bersih dari tindakan tatatertib dan undang-undang;

• Mahir dalam pengucapan awam dan minat yang mendalam dalm program remaja dan sukarelawan;

• Mempunyai kemahiran dalam menggunakan media sosial, mereka bentuk poster, sepanduk, dan lain-lain berkaitan teknologi ICT.

Tempoh Perkhidmatan:

1 September 2023 hingga 31 Disember 2023 (Tempoh lantikan akan disambung setiap 6 bulan mengikut kelulusan pengurusan LPPKN)

Kemudahan:

• Cuti Rehat : 6 hari bagi tempoh 6 bulan (pro rata)
• Cuti Sakit : 7 hari bagi tempoh 6 bulan (pro rata)
• Caruman KWSP dan PERKESO

Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Pengawal Keselamatan, Pusat Keluarga LPPKN Negeri Selangor atau Rasmi LPPKN Selangor mulai 7 - 18 Ogos 2023.

Borang Permohonan yang lengkap beserta resume boleh dihantar sebelum atau selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2023 (Jumaat) Pukul 12.00 Tengahari secara:

1) Serahan tangan di Pondok Pengawal, Pusat Keluarga LPPKN Negeri Selangor.

2) E-mel kepada azmy@lppkn.gov.my dan/atau sairulhisam@lppkn.gov.my dengan tajuk e-mel : Permohonan Jawatan Kosong bagi Program MySTEP


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Ogos 2023 (Jumaat)


Info LPPKN

Untuk mengukuh dan meningkatkan kesejahteraan keluarga melalui program usaha sama yang cekap dan berkesan ke arah melahirkan penduduk yang berkualiti.

Secara ringkas kuasa, fungsi dan tanggungjawab LPPKN seperti yang dinyatakan dalam Akta 352 Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga 1966 (Pindaan 2006) adalah seperti berikut:-

Menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara berkaitan dasar dan program kependudukan, pembangunan keluarga, dan reproduksi manusia.

Post a Comment

0 Comments