Jawatan Kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - 16 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Jawatan:

1. PENGURUS KANAN

Taraf Jawatan : Anggota Projek FAMA (Kontrak)
Tempoh Perkhidmatan : 1 Tahun (akan disambung bergantung kepada prestasi kerja)
Penempatan : Bahagian Perancangan Strategik,

Gred / Jadual Gaji : Gred P1
Gaji Minimum Gaji RM3,502.95 
Maksimum RM6,769.95 
Kenaikan Gaji Tahunan RM180.00
Elaun – Elaun : Elaun Tanggungjawab : RM300.00 Sebulan

Syarat Lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

i) Warganegara Malaysia;

ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

iii) Memiliki Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, Matematik, Statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iv) Berpengalaman bertugas dalam bidang berkaitan untuk tempoh 2 hingga 5 tahun;

v) Syarat kemasukan ini berbeza berbanding dengan syarat kemasukan (kelayakan) ke jawatan bertaraf tetap dan berbeza dalam perkhidmatan awam.

vi) Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki kemahiran dan berpengalaman dalam aplikasi Microsoft Power Business Intelligence, Tableu, Python Programming, Mathematics, Computer Science, DataScience, Data Visualisation Tool, Data Warehousing, Data Mining dan  lain-lain aplikasi berkaitan data analytic.

Bidang Tugas:

i) Bertanggungjawab menguruskan Program Pengawasan Serta Intervensi Bekalan Dan Pemasaran Agromakanan (Surveillances And Intervention On Supply And Demand Of Agrofood – SISDA) melibatkan aktiviti-aktiviti pengurusan program, pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan (model unjuran), penyediaan laporan dan penyebaran data serta lain-lain aktiviti yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang FAMA 1-08p. (boleh muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah)

(b) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil SPM/ Diploma/ Ijazah yang telah disahkan dan lain-lain keterangan kelayakan yang disyaratkan.

(c) Semua permohonan hendaklah dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.

(d) Permohonan hendaklah sampai kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 2, Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 batu Caves
Selangor

Catatan Am:

Calon-calon di ingatkan bahawa hanya mereka yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk ditemu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Ogos 2023 (Rabu)





Pengenalan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur-sayuran dan buah-buhan serta produk -produk industri asas tani

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Post a Comment

0 Comments