Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) - 15 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR (SISTEM DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT) N41

Jadual Gaji : 41Kontrak
Taraf Jawatan :  
Klasifikasi Perkhidmatan : Pengurusan dan Sokongan
Minimum : RM 2,080.00
Maksimum : RM 9,546.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM 225.00
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Sokongan
Skim Perkhidmatan : Pegawai Tadbir (Sistem dan Teknologi Maklumat)

Syarat-syarat Lantikan:

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Pengajian Sains Komputer dan Teknologi Maklumat atau yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Skop Dan Tugas Utama:

(i) Menilai dan menganalisis keperluan jabatan seperti membangun dan mengurus aplikasi “front-end” serta Application Programming Interface (API).

(ii) Merekabentuk, membangun, mendokumentasi, menguji, menganalisis, dan mengubahsuai sistem aplikasi jabatan, program dan integrasi pangkalan data.

(iii) Sokongan dan penyelesaian masalah Sistem Aplikasi Jabatan.

(iv) Merekabentuk dan membangunkan dokumen teknikal, buku panduan untuk mewakili reka bentuk dan kod aplikasi baharu dengan tepat di setiap peringkat pembangunan sistem dan membuat laporan.

(v) Merekabentuk tetapan keselamatan dan keselamatan pangkalan data.

Cara Memohon:

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam adalah dikehendaki mengemukakan permohonan mereka secara online melalui sistem e- recruitment.(http://erecruitment.sarawak.gov.my) (link admin ada sediakan link di bawah)


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Ogos 2023 (Selasa)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Sejarah

Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah ditubuhkan berikutan penemuan rizab gas asli dan minyak yang banyak di luar pantai Bintulu. Pembangunan sumber asli ini membolehkan BDA menjadi badan utama bukan sahaja menyelaras projek-projek pembangunan tetapi juga boleh melaksanakan projek-projek sendiri. Oleh itu, pada 8 Julai 1978, BDA telah ditubuhkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi tersebut.

Di bawah Ordinan Lembaga kemajuan Bintulu(BDA) 1978, BDA ditubuhkan sebagai agensi kerajaan untuk menjaga perancangan fizikal dan pembangunan di Bintulu, Sarawak. Kawasan persempadanan BDA meliputi keseluruhan bahagia Bintulu seluas 12,515 sq. kmtermasuk 5 km di luar pantaui Bintulu. ia terdiri dari dua daerah iaitu : Bintulu dan Tatau.

Post a Comment

0 Comments