Jawatan Kosong di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan - 31 Ogos 2023 [24 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SIJIL/DIPLOMA

1. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29 - 24 Kekosongan

Syarat Kelayakan:

Kelayakan Masuk : Sijil

Bidang/Kelayakan Khusus : sijil dalam bidang ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan : NT29: RM1,493.00

ATAU

Kelayakan Masuk : Diploma

Bidang/Kelayakan Khusus : diploma dalam bidang ukur tanah, perancangan bandar dan wilayah atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

Gaji Permulaan : NT29: RM1,846.15

DAN

Syarat Lantikan Tambahan :

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

DAN

Bidang Kelayakan Akademik : Ukur Tanah , Perancangan Bandar dan Wilayah , Bidang berkaitan

Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan tanah di peringkat Kumpulan Pelaksana berhubung urusan pentadbiran tanah yang meliputi aspek-aspek pendaftaran tanah, pelupusan tanah, hasil tanah, pembangunan tanah (pengambilan balik tanah, pesaka kecil, ukur tanah, penguatkuasaan tanah dan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan tanah yang ditentukan dari semasa ke semasa).

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian Persekutuan. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh tutup permohonan : 31 Ogos 2023 (Khamis) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Latar Belakang:

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian adalah salah satu Jabatan dalam organisasi Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli. Semenjak tahun 1957, Jabatan ini telah dipindahkan beberapa kali daripada pelbagai Kementerian berikut:

Kementerian Hasil Bumi (1957 - 1963).
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (1963 - 1970).
Kementerian Perusahaan Utama (1970 -1973).
Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah (1973 -1990).
Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (1990 - 2004).
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Semenjak 27 Mac 2004).

Post a Comment

0 Comments