Jawatan Kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - 28 Ogos 2023

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PT3/PMR

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Gaji Ditawarkan: RM1,218.00 dan Elaun.
Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit,
Caruman KWSP & PERKESO.
Lantikan: Kontrak.
Tempat Bertugas: Jabatan Kebajikan
Masyarakat (Seluruh Negara).

KELULUSAN MINIMUM: IJAZAH SARJANA MUDA

2. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program latihan dan kursus-kursus kemahiran di peringkat komuniti desa dan antarabangsa, menyelaras perbelanjaan program latihan, menyediakan laporan analisis dan pangkalan data latihan luar bandar dan antarabangsa, merancang, membangun dan menyemak modul-modul latihan luar bandar, menyelaras kajian dan penyelidikan agensi-agensi di bawah kementerian, merangka dan menerbitkan jurnal penyelidikan, laporan tahunan, majalah, buletin, membuat kajian penilaian outcome jabatan dan kementerian, mentadbir urus organisasi, personel dan kewangan, membangunkan pengupayaan kumpulan sasar, menguruskan pusat bertauliah untuk program persijilan yang diiktiraf.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-



Tarikh Tutup Permohonan : 28 Ogos 2023 (Isnin) jam 11:59 malam



Sejarah:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat

Post a Comment

0 Comments