Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang - 9 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang

Jawatan:

1. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19
Juruteknik Komputer
Min : RM 1,377.00 - Mak : RM RM RM 4,052.00

Syarat Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau  kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 09 Ogos 2023 (Rabu)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Latar Belakang

Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang mula beroperasi pada 16 Jun 1996 di kampus sementara di Permatang Pasir dan ianya merupakan kampus ke-11 UiTM. Kampus sebenar UiTM Pulau Pinang ialah di Jalan Permatang Pauh dan mula diduduki dalam bulan Ogos 2003. Pengambilan pertama pelajar di UiTM Pulau Pinang dilaksanakan pada Julai 1996 dengan enrolmen seramai 230 orang pelajar. Kumpulan pertama pelajar ini yang menamatkan pengajian di UiTM Pulau Pinang ialah pada Mei 1999. Staf permulaan di sini adalah seramai 40 orang termasuk 9 orang staf akademik. Tumpuan utama UiTM Pulau Pinang adalah kepada bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam di peringkat diploma. Kampus tetap telah dirancang pembinaannya sejak 1995 dengan kapasiti 10,000 enrolmen dengan kejuruteraan, pengurusan hotel dan pelancongan sebagai bidang-bidang utama.

Post a Comment

0 Comments