Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS) - 4 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29

Jadual Gaji : (Min) RM1,549.00 - (Maks) RM5,684.00

Tugas dan tanggungjawab:

Deskripsi tugas bagi Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) adalah seperti berikut:-

(1) Bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja membangunkan program, menguji program, menyediakan dokumentasi program, membantu dalam penyediaan spesifikasi program serta membantu dalam pengujian perisian pembangunan sistem aplikasi.

(2) Bertanggungjawab dalam membantu menganalisis keperluan program serta terlibat di dalam merekabentuk, pengekodan dan menyelenggara sistem serta berkeupayaan di dalam menyelesaikan masalah (troubleshooting dan problem salving) yang berkaitan dengan program dan sistem aplikasi.
 
(3) Bertanggungjawab dalam menyelenggara aturcara baharu dan sedia ada untuk sistem aplikasi.

(4) Bertanggungjawab dalam memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

(5) Membantu dalam menyediakan dokumentasi projek dan analisa sistem.

(6) Membantu dalam menyediakan keperluan pengguna (requirement study) semasa pembangunan sistem.

(7) Tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Ogos 2023 (Jumaat)


Latar Belakang

Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan pada 24 November 1994 dan kini telah menjangkau usia hampir 19 tahun. Dalam usia ini, terdapat pelbagai perubahan yang telah dikecapi, sama ada dari segi bilangan pelajar, pensyarah dan kakitangan, termasuk juga kelengkapan kemudahan bangunan dan tadbir urus, bilangan kursus serta program pengajian yang ditawarkan dan sebagainya. Satu perkara penting daripada perubahan ini dan motif utama wujudnya sesuatu universiti ialah pertambahan bilangan graduan yang mampu dikeluarkan oleh sesebuah universiti berkenaan.

Dari tahun ke tahun jumlah graduan yang berjaya dikeluarkan oleh UMS semakin bertambah, yang kini telah pun mencecah angka 40,000 graduan yang lebih dikenali sebagai ALUMNI. Atas dasar itulah penubuhan Pusat Alumni UMS antara lain adalah bertujuan untuk mengumpul kembali Alumni UMS sebanyak mungkin yang secara automatiknya semua pelajar dan/atau graduan adalah sebagai ahli dalam kolompok ALUMNI UMS tersebut.

Post a Comment

0 Comments