Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 15 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Jawatan:

1. EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT 3 SETARA GRED F41 (SKIM LANTIKAN KHAS)

2. JURURAWAT U29

3. PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT KOLAM) H11

4. PEMBANTU LAUT A19

5. PEMBANTU MAKMAL C19

6. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) / PEMBANTU TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) N19

8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11

9. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

10. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT / EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT 4 SETARA GRED FA29 (SKIM LANTIKAN KHAS)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Julai 2023 (Sabtu)


Latar Belakang

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera di samping menyediakan kemudahan penyelidikan untuk pensyarah. Melalui Penstrukturan semula program akademik di UPM, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera telah dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama baru iaitu Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FSGT) mulai Jun 1996. Turut ditubuhkan ialah Fakulti Sains dan Sastera Ikhtisas (FSSI) dan Pusat Pengajian Matrikulasi (PPM).

Mulai Jun 1996, kampus ini telah diiktiraf (secara dalaman UPM) sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor (designate). Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 5 Mei 1999 telah bersetuju meluluskan cadangan penubuhan Kolej Universiti Terengganu (KUT) berasaskan Pusat Perikanan dan Sains Samudera Universiti Pertanian Malaysia di Mengabang Telipot, Kuala Terengganu.

Post a Comment

0 Comments