Jawatan Kosong di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 6 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Jawatan:

1. JURURAWAT U29

Gaji:
Minimum : RM1,797.00 - Maksimum : RM 5,753.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM160.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) : RM350.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) : 15% x gaji pokok

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).


2. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Gaji:
Minimum : RM1,204.00  -  Maksimum : RM3,001.00

Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM300.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM95.00
Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) : RM350.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM1,204.00).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Ogos 2023 (Ahad)


Pengenalan

Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan salah sebuah universiti yang terdapat di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan secara rasmi pada 18 Mei 1970. Kampus sementaranya dibuka di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kini, kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Terdapat juga sebuah hospital pengajar, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur dan sebuah kampus cawangan, juga di Kuala Lumpur.

Post a Comment

0 Comments