Jawatan Kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) - 14 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)

Jawatan:

1. PENOLONG PENGURUS KEWANGAN

Syarat Lantikan:
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta mempunyai Himpunan Purata Nilai Mata (CGPA 3.00 dan ke atas) yang cemerlang.
  • Keutamaan bagi yang berdaftar sebagai dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
  • Mempunyai minima tujuh (7) tahun pengalaman dalam bidang Kewangan.
  • Lulus kursus/latihan dan/atau ujian yang ditetapkan oleh Syarikat.
Syarat Tambahan:
  • Keutamaan Anak Melaka atau pasangan atau ibu bapa berasal dari Melaka.
  • Tiada hubungan kekeluargaan (pasangan, ibu bapa, anak, adik-beradik termasuk ipar) dengan anggota yang bekerja di SAMB.
Bidang Tugas Utama:
  • Bertanggungjawab untuk menyelia operasi kewangan harian termasuk akaun pembayaran, senarai gaji, pengurusan aset, akaun kutipan dan pengurusan aliran tunai.
  • Bertanggungjawab menyediakan akaun dan laporan pengurusan bulanan termasuk akaun penyatuan.
  • Bertanggungjawab merancang belanjawan, unjuran kewangan dan analisis kewangan.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan pelan perniagaan jangka panjang dan keperluan kewangan dan komersial.
  • Bertanggungjawab menyelaras hal ehwal pengauditan tahunan dengan juruaudit dan memastikan akaun yang diaudit disediakan mengikut piawaian perakaunan.
  • Bertanggungjawab berhubung dengan ejen cukai mengenai pemfailan cukai tahunan dan taksiran suku tahunan.
  • Bertanggungjawab berhubung dengan badan berkaitan air dan pihak berkuasa mengenai penyerahan laporan wajib dan KPI.
  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Latar Belakang

Pada 1 Julai 2006, Perbadanan Air Melaka telah melalui satu transformasi iaitu dikorporatkan menjadi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB). Penswastaan ini diambil untuk mempertingkatkan perkhidmatan bekalan air kepada pengguna negeri ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan melalui penswastaan.

Post a Comment

0 Comments