Jawatan Kosong di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) - 31 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Jawatan:

1. PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41

2. JURUAUDIT GRED W41

3. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41

4. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E29

5. PENOLONG JURUAUDIT GRED W29

6. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E19

7. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W19

8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11

Cara Permohonan:

- Daftar dan kemukakan permohonan anda melalui pautan berikut: Sistem eKerjaya (admin ada sediakan link di bawah)

- Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui e-mel yang dinyatakan semasa mendaftar.


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2023 (Isnin)


Latar Belakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) adalah satu entiti yang telah diperbadankan pada 1 Januari 2008. SKM sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia (JPK). Di awal penubuhannya pada bulan Julai 1922, jabatan yang dikenali sebagai The Office of The Director of Co-operation ini berfungsi untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama ( The Co-operative Societies Enactment 1922 [FMS Cap. 97 of 1935]) dan ditugaskan untuk memandu dan memajukan pergerakan koperasi.

Post a Comment

0 Comments