Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 27 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Jawatan:

1. PEGAWAI KHIDMAT RAC 41 (PKRAC 41) - [JURUTERA MEKANIKAL]

Syarat Kelayakan:

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas:

1) Menguruskan projek pembangunan infrastruktur, projek menaik taraf dan projek penswastaan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa, kos dan spesifikasi yang ditetapkan;

2) Memantau kemajuan dan mengurus pembangunan projek berkaitan lif dan eskalator di stesen-stesen kereta api; dan

3) Menyediakan ulasan teknikal berkaitan bidang kejuruteraan mekanikal.


2. PEGAWAI KHIDMAT RAC 29 (PKRAC 29) - [PENOLONG JURUTERA (AWAM)]

Syarat Lantikan:

Memiliki Diploma dalam bidang Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Deskripsi Tugas:

Membantu menguruskan projek pembangunan infrastruktur, projek menaik taraf dan projek penswastaan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa, kos dan spesifikasi yang ditetapkan.


3. PEGAWAI KHIDMAT RAC 19 (PKRAC 19) - [PEMANDU KENDERAAN]

Syarat Lantikan:

Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Kemahiran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Membantu menguruskan kenderaan jabatan dan pergerakan pegawai RAC ke destinasi yang diperlukan mengikut jadual yang ditetapkan.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 27 Julai 2023 pukul 12.00 tengah hari.



Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment

0 Comments