Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 18 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Jawatan:

1. PEGAWAI TADBIR GRED N41

Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Professional
Jadual Gaji : RM 2,080.00 (Minimum) - RM 9,546.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan : RM300.00
Imbuhan Tetap Keraian : RM300.00
Bantuan Sara Hidup : RM300.00

ii. Syarat Lantikan:

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda

Bidang/Kelayakan : Khusus Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan RM 2,080.00

ATAU

Tahap Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Kepujian

Bidang/Kelayakan : Khusus Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan RM 2,283.00

DAN

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM

Bidang Keutamaan : Pembangunan Perniagaan

iii. Deskripsi Tugas:

a) Merancang, mengurus, menyelia serta melaksanakan:

1) Pengurusan dasar-dasar awam; atau
2) Pengurusan sumber manusia, pentadbiran serta kewangan; atau
3) Pengurusan perniagaan, keusahawanan dan strategi pemasaran; atau
4) Pengurusan hartanah; atau
5) Pengurusan data analisis dan analitik.

b) Bertanggungjawab dalam:
1) Penyediaan / pelaksanaan Pelan Strategik Bahagian / Unit;
2) Penyediaan / pelaksanaan Kertas Kerja / Kertas Mesyuarat;
3) Penyediaan / pelaksanaan KPI Bahagian / Unit;
4) Mewakili Perbadanan dalam mesyuarat-mesyuarat bersama Agensi luar

iv. Kemahiran / Kriteria Individu:
Kepimpinan, Pemikiran Analitikal dan Kritikal, Pemikiran Kreatif, Membuat Keputusan, Komunikasi Berkesan, Kemahiran Asas Komputer. Pengalaman dalam bidang Pembangunan Perniagaan adalah satu kelebihan.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup : 18 Julai 2023 pukul 12.00 tengah hari. 



Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment

0 Comments