Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) - 31 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11 - 2 Kekosongan

Jadual Gaji:
Minimum : RM1, 218.00
Maksimum : RM2,939.00
Kenaikan gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia; dan

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c) i. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

ii. lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
[kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

iii. berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini. Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

a. Lesen D: RM1,264.15
b. Lesen E/E1/E2: RM1,310.30
c. Lesen F/H: RM1,356.45
d. Lesen G/I: RM1,402.60


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Julai 2023 (Isnin)


Latar Belakang

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976, (Akta 171) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan bagi kawasan Hang Tuah Jaya. Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya mula beroperasi pada 1 Januari 2010.

Berkeluasan 35,733.04 ekar, Hang Tuah Jaya terletak di tengah-tengah Negeri Melaka meliputi kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri dan merangkumi 3 Daerah iaitu sebahagian Daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

Post a Comment

0 Comments