Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) - 21 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh (MPT)

Jawatan:

1. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 1 kekosongan

2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29 - 1 kekosongan
 
3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29 - 1 kekosongan

4. PEN. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 - 1 kekosongan

5. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 1 kekosongan

6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N19 - 2 kekosongan

7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19 - 2 kekosongan

8. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19 - 3 kekosongan

9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 - 1 kekosongan

10. PEMANDU KENDERAAN H11 - 6 kekosongan

11. PEMBANTU AWAM H11 - 19 kekosongan

Permohonan:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPT/1 yang boleh didapati secara percuma di:-

Kaunter Pengawal Keselamatan
Kompleks Pejabat Plaza Temerloh
Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh Pahang atau

Muat Turun Borang dari Laman Web Rasmi Majlis Perbandaran Temerloh www.mpt.gov.my

2. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama salinan dokumen yang telah disahkan oleh Ketua Kampung/ Penghulu atau Pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional:
  • Sijil Kelahiran
  • Kad Pengenalan (depan/ belakang)
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil/ Diploma/ Ijazah yang berkaitan
  • Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  • Serta sekeping gambar bersaiz paspot
3. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah di kemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini mengikut Perintah Am Bab`A` Perenggan 18.

4. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:-

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Temerloh
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 6 Kompleks Pejabat Plaza Temerloh
Jalan Ahmad Shah
28000 Temerloh Pahang

Tarikh tutup permohonan : 21 Julai 2023 jam 5.00 petang


B. Catatan Am

Permohonan AKAN DITOLAK jika borang permohonan:
 
Tidak lengkap, tidak ditandatangani, tidak terang dan memohon jawatan yang tidak diiklankan.
 
Tidak menyertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang disyaratkan dan tidak disahkan.
 
Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup.
 
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tersebut tidak berjaya.
 
Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh pemohon sendiri.

*Sila rujuk iklan jawatan melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Julai 2023 (Jumaat)



Latar Belakang

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. 

Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT. Pada ketika pentadbiran MDT, Yang Dipertua adalah disandang oleh Pegawai Daerah Temerloh. Setelah melalui perubahan dan kemajuan, MDT telah memohon kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh. Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti hasil melebihi RM 10 juta dan penduduk melebihi 100,000. Maka dengan itu pada 27 Mac 1996 telah meluluskan permohonan naiktaraf kepada MPT dan pada 15 Januari 1997 telah secara rasmi bergelar Majlis Perbandaran Temerloh.

Post a Comment

0 Comments