Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT) - 26 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Tangkak (MDT) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak (MDT)

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN GRED W29
Jadual Gaji : Minimum-Maksimum RM 1,549.00 – RM 5,701.00

2. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
Jadual Gaji : Minimum-Maksimum  RM 1,352.00  -  RM 4,003.00

3. PEMBANTU AWAM GRED H11
Jadual Gaji : Minimum-Maksimum RM 1,218.00 – RM 2,939.00

Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma melalui laman web www.mdtangkak.gov.my atau di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan pada hari Ahad hingga Rabu dari jam 08.00 pagi hingga 05.00 petang, dan hari Khamis dari jam 08.00 pagi hingga 03.30 petang dengan bayaran RM1.00 setiap borang permohonan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan:-

i) Salinan sah Sijil-Sijil Persekolahan dan akademik
ii) Salinan sah Kad Pengenalan
iii) Salinan sah Sijil Lahir
iv) Sijil Berhenti Sekolah
v) Gambar warna berukuran pasport
vi) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANGKAK
PETI SURAT 63, 84907, TANGKAK, JOHOR.

(c) Permohonan dari pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/KuasaKuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Bil. 18 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan ) 2012.

(d) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(e) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah ditanggung oleh calon sendiri. 


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Julai 2023 (Rabu)


Latar Belakang

Pihak Berkuasa Tempatan merupakan Kerajaan di Peringkat Ketiga ataupun Kerajaan Tempatan selepas Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Selepas penyusunan semula Penguasa Tempatan dalam tahun 1976, Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Pada 01.01.2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203KM dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbiran meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015. Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.

Post a Comment

0 Comments