Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) - 17 Julai 2013

Jawatan Kosong 2023 di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)

Jawatan:

1. PENOLONG JURUTERA JA29 - 3 Kekosongan

2. PENOLONG AKAUNTAN W29 - 1 Kekosongan

3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G29 - 15 Kekosongan

4. PELUKIS PELAN JA19 - 3 Kekosongan

5. PEMBANTU AKAUNTAN W19 - 2 Kekosongan

6. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J19 - 3 Kekosongan

7. JURUAUDIO VISUAL N19 - 1 Kekosongan

8. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 - 17 Kekosongan

9. PEMANDU KENDERAAN H11 - 5 Kekosongan


*Sila baca iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 17 Julai 2023 (Isnin)


Latar Belakang

Disempurnakan penubuhannya pada 30 Mac 1972 melalui Akta 69, Akta Lembaga Pertanian Kemubu, 1972 dan dilancarkan dengan rasminya oleh Y.A.B. Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia pada 2 Mac 1973.

Setelah KADA diwujudkan, Kerajaan Negeri Kelantan pula menyusuli tindakan dengan meluluskan Enakmen Pihak Berkuasa Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 (Enakmen no.2 Tahun 1972 Kelantan) membolehkan Menteri Pertanian dan Perikanan melaksanakan Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, 1972 mulai 1 Ogos 1972.

Kampung Kemubu terletak di tebing Sungai Kelantan, 30km dari Kota Bharu telah disemadikan namanya dalam lipatan sejarah KADA. Di situlah terbina sebuah rumah pam membekalkan air ke Rancangan Pengairan Kemubu (RPK), rancangan terbesar dalam gugusan rancangan-rancangan pengairan lain yang dipersatukan di bawah kuasa pengendalian KADA.

Post a Comment

0 Comments