Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 19 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Jawatan:

1. PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN

Syarat Kelayakan Akademik:

• Memiliki sekurang-kurangnya sijil pelajaran di Peringkat Sekolah Menengah/SPM/STPM, Diploma atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkaitan.

Bidang Tugas:

• Bekerjasama dengan Pegawai Farmasi dalam melakukan khidmat farmaseutikal yang terbaik kepada komuniti pelanggan di sekitarnya. 

• Membantu Pegawai Farmasi dalam proses pendispensan ubat dan melayan pelanggan.

• Stok inventori termasuk menerima stok, menyemak tarikh luput, menyusun barangan yang sedia ada di farmasi.

• Memastikan dan mengekalkan kebersihan dan kekemasan farmasi.

• Memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan sentiasa aktif dalam mempromosikan produk-produk di farmasi kepada pelanggan.

• Membina hubungan baik dengan semua pelanggan dan mewujudkan persekitaran yang mesra pelanggan.

• Melaksanakan sebarang tugasan dan kerja lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pengurusan.

Syarat-syarat lain:

• Berperwatakan ceria dan boleh bekerja di dalam kumpulan.
• Boleh berkerja shift.
• Amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin.
• Boleh berinteraksi dengan baik.
• Bersedia untuk belajar dan bermotivasi tinggi.
• Boleh mula kerja segera adalah satu kelebihan. 

Status Pekerjaan – Sepenuh masa:

• Gaji permulaan: RM1,500.00 - RM1,700.00 sebulan (bergantung pada kelayakan dan pengalaman kerja)

Faedah yang ditawarkan:

• Latihan disediakan.
• Kemudahan Perubatan.
• Bayaran Kerja Lebih Masa (OT).
• Suasana kerja yang kondusif.

Hari bekerja:

• Enam (6) hari seminggu.
• Syif Bergilir

Lokasi Kerja:

• Jalan Pulau Lumut U10/68, Seksyen U10, Alam Budiman, 40170 Shah Alam, Selangor.
• Wangsa Melawati No 21-1, Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati 53300, Kuala Lumpur

Sekiranya anda memenuhi syarat di atas, sila whatsapp resume atau maklumat anda ke 013-3400454 atau email ke HR@kobanas.my untuk urusan temuduga.

Kami mengalu-alukan penyertaan anda!

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..


Tarikh Tutup Permohonan : 19 Ogos 2023 (Sabtu)


Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan café dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.

Post a Comment

0 Comments