Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Kementerian Lain (Sabah) - 18 Julai 2023 [122 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: PMR/PT3

1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 122 Kekosongan

Nama Skim Perkhidmatan : Pemandu Kenderaan
Kod Skim : 3LH02
Klasifikasi Perkhidmatan : KEMAHIRAN (H)
Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan PMR/SRP
Gred : H11, H14, H16, H18
Layak BIPK : Tidak
Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi : Tidak

Kelayakan Lantikan Ke Gred H11:

Kelayakan Masuk :Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Lesen dan Pengalaman

Bidang/Kelayakan Khusus : Pentaksiran Tingkatan 3/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Permulaan :

Lesen Kelas D H11: RM1264.15
Lesen Kelas E/E1/E2 H11: RM1310.30
Lesen Kelas F/H H11: RM1356.45
Lesen Kelas G/I H11: RM1402.60

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:

- lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/ F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan

- berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat PT3/PMR

DAN
Bidang Kelayakan Akademik :
Bidang Lain

Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Maklumat:

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 18 Julai 2023 (Selasa) jam 11:59 malam



Sejarah KKM

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

Post a Comment

0 Comments