Jawatan Kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) - 16 Julai 2023 [37 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM

1. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S19 - 37 Kekosongan

Nama Skim Perkhidmatan : Pembantu Belia dan Sukan
Kod Skim : 3LS14
Klasifikasi Perkhidmatan : SOSIAL (S)
Jenis Skim Perkhidmatan : Pelaksana
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Berkelayakan SPM
Gred : S19, S22, S26, S28
Layak BIPK : Tidak
Kenaikan Pangkat ke Kumpulan Pengurusan Tertinggi  : Tidak

Syarat Lantikan Wajib

 - Warganegara Malaysia
 - Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Syarat Lantikan:

Kelayakan Lantikan Ke Gred S19:

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
 
Gaji Permulaan : S19: RM1,352.00

ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan : S19: 1,408.40

 ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan : S19: RM1,464.80

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:

- Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam kegiatan-kegiatan belia dan sukan).

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
 
Ringkasan tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan program-program serta aktiviti berkaitan belia dan sukan di peringkat kementerian/ negeri/ jabatan/ daerah.

Semua kekosongan jawatan adalah di Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Julai 2023 (Ahad) jam 11:59 malam


Latar Belakang

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

Post a Comment

0 Comments