Jawatan Kosong di Jabatan Penerangan Malaysia - 16 Julai 2023 [24 Kekosongan]

Jawatan Kosong Kerajaan 2023 di Jabatan Penerangan Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Penerangan Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM

1. PEMBANTU PENERANGAN GRED S19 - 24 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan Wajib:

-   Warganegara Malaysia
-   Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan 

Syarat Lantikan:

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Permulaan : S19: RM1,352.00

ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
 
Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan : S19: RM1.408.40

ATAU

Kelayakan Masuk : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

Bidang/Kelayakan Khusus : Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Gaji Permulaan : S19: RM1,464.80

DAN

Syarat Lantikan Tambahan:

Keutamaan diberi kepada calon yang boleh bertutur dan menulis dengan baik dalam bahasa ibunda.

Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Penerangan Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 16 Julai 2023 (Ahad) jam 11:59 malam


Latar Belakang

The Malayan Information Agency ditubuhkan pada tahun 1910 oleh The Government of the Federated Malay States dan pejabat operasi di Malaya House, Trafalgar Square, London. Tujuan utama agensi ialah menjalankan fungsi sebagai Trade Commissionership for Malaya untuk menarik minat dan menyediakan maklumat berkaitan perdagangan dan eksport Malaya. Agen Mr. V.A Lowinger, C.B.E  dan Timbalan Agen, Mr. E.Jago mengetuai tiga ahli Advisory Board yang berpengalaman dan pernah menetap lama di Malaya.

Pada 1 Oktober 1910, agensi dikenali sebagai Malay States Information Agency ditubuhkan di Queen Victoria Street, London dan telah berpindah ke 88, Cannon Street, London pada tahun 1911 sehinga tahun 1926. Agen Sir Edward L. Brockman (late Chief Secretary to Government, Federated Malay States) mengetuai Advisory Board pada tahun 1921. Agensi mengiklankan pengeluaran dan tarikan negeri di Tanah Melayu di bawah pelindungan British untuk menyediakan maklumat peluang pelaburan dan kemudahan kepada pelancong dalam bahan penerbitan dan peta yang dijual kepada umum.

Post a Comment

0 Comments