Jawatan Kosong di Jabatan Kerja Raya - 22 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Kerja Raya | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya

Jawatan:

1.PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan : Pelaksana
Gaji Minimum : RM 1352.00
Gaji Maksimum : RM 4003.00
Kadar Kenaikan Gaji : RM 100.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia; dan

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

c. i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

iii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Tugas:

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Julai 2023 (Sabtu)


Sejarah Jabatan

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah ditubuhkan pada 19.10.1955. Dahulunya, Jabatan Kerja Raya merupakan satu Jabatan Kerajaan yang diberi tanggungjawab memikul amanah dalam menyediakan kemudahan Infrastuktur Awam seperti Jalan, Bangunan, Jambatan, Lapangan Terbang dan Pelabuhan

Post a Comment

0 Comments