Jawatan Kosong di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia - 3 Ogos 2023 [615 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong terkini di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM : SPM

1. PEGAWAI BOMBA GRED KB19 - 609 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,360.00
Gaji Maksimum :  RM 4,052.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,360.00) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,418.12) atau

SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KB19: RM1,476.24)

d. dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:  
 
i. tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;

ii. berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

iii. mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

iv. mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

v. lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;

vi. pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

vii. diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar
 
e. dan lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan dari semasa ke semasa.


KELULUSAN MINIMUM : BAKAT/SPM

2. JURUFOTOGRAFI GRED B19 (SARAWAK) - 6 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM 1,360.00
Gaji Maksimum :  RM 4,032.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM 100.00

Syarat Lantikan:

1.Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
   
(c) (i) mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang fotografi dan/atau kamera filem serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Ogos 2023 (Khamis) jam 11:59 malam



Sejarah

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar.

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Post a Comment

0 Comments