Jawatan Kosong di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) - 24 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS)

Jawatan:

1. PEGAWAI SAINS C41

Cara-cara Membuat Permohonan:

Pemohon dikehendaki mengisi Google Form bersama borang Permohonan Jawatan Pengurusan dan Profesional (yang berkaitan dengan jawatan) dan sertakan dokumen-dokumen seperti Senarai Semak Temuduga yang dilampirkan. (link admin sediakan di bawah)

Perhatian:-

a. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan;

b. Hanya calon yang dipilih dalam saringan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga;

c. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan, mohon hubungi Unit Sumber Manusia di job_hsaas@upm.edu.my atau 03-9769 9055/9056/9072.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh Tutup Permohonan :  24 Julai 2023 (Isnin), 5:00 petang.





Latar Belakang

Ditubuhkan pada 2019, HSAAS yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafudin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj pada 28 Februari 2023 dan kini dikenali sebagai Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS). HSAAS berkeluasan 38.4 hektar dengan kapasiti 400 katil, 17 wad dan mempunyai pelbagai kemudahan awam seperti 2000 tempat letak kereta, beberapa bilik menunggu, ruangan keagamaan, kawasan riadah pesakit, bilik rawatan tahanan, sembilan kedai runcit, kafeteria dan taman permainan untuk kemudahan pesakit.

Post a Comment

0 Comments