Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 3 Julai 2023

Jawatan Kosong 2023 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Pentadbiran:

1. PEREKA GRED B19/B22

Kelayakan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti serta memiliki
kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang perfileman
dan/atau penerbitan rancangan radio atau televisyen termasuk pementasan, teater, drama, hiburan,
ehwal semasa dan lain-lain serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu
dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,360.00); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,418.12); atau

(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil
Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred B19: RM1,476.24).

2. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c)(ii),1(c)(iii), 1(c)(iv) hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP (admin ada sediakan link memohon di bawah)

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)

Catatan Am:

(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui emel yang telah berdaftar dengan UMP.

(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.


* Sila rujuk arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh Tutup Permohonan : 03 Julai 2023 (Isnin)



Latar Belakang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) bermula dengan Universiti Teknologi Malaysia Kampus Cawangan Pahang (UTM-KCP) yang beroperasi di sebuah kampus yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan sejak tahun 1999. Penubuhan Universiti ini adalah hasil daripada cetusan idea Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak yang mana ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat, KUKTEM telah berpindah ke kampus sementara yang lebih besar dan kondusif di Bandar MEC, Gambang pada 24 April 2003. Kampus yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat Bandar Kuantan ini mempunyai keluasan 65,000 m² dan terletak di lokasi strategik yang berhampiran dengan Lebuh Raya Pantai Timur, zon perindustrian kimia, petrokimia, pembuatan, automotif dan juga bioteknologi bagi Pahang.

Post a Comment

0 Comments