Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) - 26 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP)

Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29      

3. PENOLONG PEGAWAI TANAH GRED NT29    

4. PENGHULU GRED NP29 

5. PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G29

6. PENGAWAS HUTAN GRED G19 

7. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19  

8. PEMANDU KENDERAAN GRED H11        

9. PEMBANTU AWAM GRED H11

10. PELUKIS PELAN (SENI BINA) GRED JA19


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Jun 2023 (Khamis) Jam 11.59 Malam


11. PEMBANTU KEMAHIRAN (AUTOMOTIF/MEKANIK) / (KAYU)/ (PAIP) GRED H19

12. PEMBANTU OPERASI GRED N11


Tarikh Tutup Permohonan : 26 Jun 2023 (Isnin) Jam 11.59 Malam


Cara Mohon:
 
Permohonan hanya boleh dibuat di https://espa.pahang.gov.my

➢ Tempoh sah laku permohonan adalah setahun dari tarikh pendaftaran

➢ Hanya pemohon yang melepasi tapisan akan dipanggil temu duga

MOHON SECARA ONLINE DI PORTAL SPA PAHANG : https://espa.pahang.gov.my

Maklumat mengenai syarat lantikan/gaji/tugas-tugas jawatan di atas juga boleh diperolehi melalui https://espa.pahang.gov.my



Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) ditubuhkan pada tahun 1960 mengikut Enakmen Suruhanjaya No. 22/1960. Kemudian Enakmen SPANP No. 22/1960 telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen SPANP. No. 7/1991 yang mula berkuatkuasa mulai 01 Januari 1992. Pada Tahun 2019, semakan semula telah dibuat dan digantikan dengan Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri 1991 [Enakmen 21].

Berdasarkan Fasal 4 keanggotaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri  :-

4. (2) Suruhanjaya hendaklah terdiri daripada :-

i)   Seorang Pengerusi
ii)  Seorang Timbalan Pengerusi; dan
iii)  Tidak kurang daripada empat (4) orang ahli lain, yang kesemuanya hendaklah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Menteri Besar. 

Post a Comment

0 Comments