Jawatan Kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 11 Jun 2023

Jawatan Kosong 2023 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Jawatan:

1. PENGAWAS HUTAN GRED G19 - 6 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,357.00
Gaji Maksimum : RM4,008.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. Warganegara Malaysia; dan  

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada sekolah latihan perhutanan Sarawak atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,413.40) atau

(ii) SPM dan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau institut latihan perhutanan Sabah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred G19: RM1,469.80) 
   
3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:   

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.    

4. Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bagi Pegawai Sedang Berkhidmat:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Awam dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pengawas Hutan Gred G19 tertakluk kepada kekosongan jawatan dan memenuhi syarat berikut:

a. telah disahkan dalam perkhidmatan; dan

b. mempunyai kelayakan di perkara 2(c) di atas atau lulus Peperiksaan Khas; dan

c. had umur pelantikan:

(i) berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

(ii) berumur kurang daripada 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

(iii) berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun. 
    
5. Deskripsi Tugas:   

Bertanggungjawab membantu Renjer Hutan/Penolong Pemelihara Hutan dalam melaksanakan dan memantau kawasan rizab hutan bagi hutan simpanan kekal dan hutan tanah kerajaan, aktiviti-aktiviti pembangunan hutan, pengusahasilan hutan, pembangunan industri berasaskan kayu, pengeluaran hasil hutan, pengurusan hutan lipur dan tapak semaian hutan, membantu pengumpulan maklumat-maklumat perhutanan dan penguatkuasaan undang-undang perhutanan yang berkaitan.  
   
6. Maklumat Tambahan: 
 
Pemohon hendaklah mendaftarkan kelayakan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Pengajian Tinggi”.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 11 Jun 2023 (Ahad) jam 11:59 malam


Profil

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.

Post a Comment

0 Comments