Jawatan Kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - 20 Jun 2023 [464 Kekosongan]

Jawatan Kosong 2023 di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM: SPM

1. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT GRED N19 - 464 Kekosongan

Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,352.00
Gaji Maksimum : RM4,003.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

Syarat Kelayakan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:  

a. warganegara Malaysia; dan  

b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan  

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau

(ii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau

(iii) SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

3. Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 
 
4. Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.  
   
5. Senarai Bidang Berkaitan Di Peringkat SKM

Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).

Semua kekosongan jawatan adalah di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-


Tarikh tutup permohonan : 20 Jun 2023 (Selasa) jam 11:59 malam

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Sejarah

Pada tahun 1967, Pejabat Perjawatan Persekutuan telah ditukar nama kepada Establishment Office of Malaysia. Nama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mula diguna pakai pada 15 Ogos 1968. Dari zaman Sir John Huggins pada tahun 1934, gelaran yang digunakan selaku Ketua Perkhidmatan Pentadbiran pada ketika itu adalah Malayan Establishment Officer.

Manakala semasa A.J. Gracie memegang jawatan tersebut pada tahun 1954 gelaran diubah kepada Federation Establishment Officer. Apabila H.G. Turner menggantikan Gracie pada tahun 1957 hingga Tan Sri Ahmad Hj. Husin selaku Ketua Perkhidmatan sektor awam pada tahun 1960, gelaran yang digunakan dikenali sebagai Principal Establishment Officer (P.E.O).

Namun demikian, bermula tahun 1962 gelaran ini telah diubah kepada Ketua Pegawai Perjawatan sehingga 1967 iaitu pada masa Tunku Mohamed Tunku Besar Burhanuddin menerajui perkhidmatan awam. Semasa Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin memegang tampuk kepimpinan, gelaran ini telah diubah sekali lagi kepada Pengarah Perjawatan Malaysia pada tahun 1968.

Walau bagaimanapun, ia telah ditukar dengan gelaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) seperti yang digunakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1968 bertarikh 7 Oktober 1968 dan gelaran ini diguna pakai sehingga kini. Sejak 1 Julai 1954, JPA telah diterajui oleh 25 orang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Post a Comment

0 Comments