Jawatan Kosong di Perbadanan Wakaf Selangor - 31 Mei 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Wakaf Selangor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Wakaf Selangor

Jawatan:

1. PENGURUS GRED 44
2. EKSEKUTIF KEWANGAN GRED 41
3. EKSEKUTIF JURUTERA GRED 41
4. EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED 41
5. EKSEKUTIF JURUAUDIT GRED 41
6. PENOLONG EKSEKUTIF (JURUUKUR) GRED 29

* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.

Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mei 2023 (Rabu)


Sejarah Penubuhan

Tanggal 30 Oktober 2009, DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah supaya pihak MAIS menubuhkan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) agar pengurusan wakaf dapat diperkasakan seperti pengurusan zakat;

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS Bil. 1/2010 yang bersidang pada 8 Februari 2010 telah memutuskan untuk mewujudkan PWS selaras dengan titah DYMM Sultan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;

Mesyuarat MAIS Bil. 3/2010 yang bersidang pada 29 Jun 2010 telah bersetuju untuk menubuhkan PWS di bawah peruntukan Seksyen 8, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2008;

Mesyuarat MAIS Bil. 4/2010 yang bersidang pada 5 Oktober 2010 telah bersetuju dengan cadangan perlantikan Pengerusi dan Pengurus Besar PWS; dan

Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor 2011 telah diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor pada 11 Januari 2011 dan diwartakan pada 3 Februari 2011.

Post a Comment

0 Comments