Jawatan Kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) - 25 April 2023

Jawatan Kosong 2023 di Perbadanan Aset Keretapi (RAC) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Jawatan:

1. JURUTERA GRED J41

Jadual Gaji:
RM 2,529.00 (Minimum)
RM 9,643.00 (Maksimum)
Kadar Elaun Imbuhan Tetap Perumahan RM300.00
Imbuhan Tetap Keraian RM300.00
Bantuan Sara Hidup RM300.00
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal
5% daripada gaji pokok diterima

Syarat Wajib Permohonan:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
iii. Kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM

Syarat Lantikan:

i) Ijazah Sarjana Muda

ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat Bahasa Melayu:

Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM

Bidang Keutamaan:

i) Pengurusan Fasiliti 

Deskripsi Tugas:

a) Menyelaras, menyedia dan melaksana pengurusan infrastruktur kereta api untuk memastikan aset kereta api ditadbir urus dengan efisien dan sistematik.

b) Bertanggungjawab dalam:

1) Penyediaan / pelaksanaan Pelan Strategik Bahagian / Unit;
2) Penyediaan / pelaksanaan Kertas Kerja / Kertas Mesyuarat;
3) Penyediaan / pelaksanaan KPI Bahagian / Unit;
4) Mewakili Perbadanan dalam mesyuarat-mesyuarat bersama Agensi luar.

Kemahiran / Kriteria Individu:

Kepimpinan, Pemikiran Analitikal dan Kritikal, Pemikiran Kreatif, Membuat Keputusan,
Komunikasi Berkesan, Kemahiran Asas Komputer. Pengalaman dalam bidang Pengurusan
Fasiliti adalah satu kelebihan.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup : 25 April 2023 pukul 12.00 tengah hari.



Latar Belakang

Perbadanan Aset Keretapi (yang dahulu dikenali dengan akronim PAK) atau RAC merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan yang ditubuhkan di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) melalui Warta Kerajaan No.16, Jilid 36 pada 30 Julai 1992. Perbadanan ini mula beroperasi secara rasminya sebagai sebuah organisasi pada 1 Ogos 1992 serentak dengan pengkorporatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) menjadi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Post a Comment

0 Comments