Jawatan Kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad - 8 Februari 2023

Jawatan Kosong 2023 di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad.

Jawatan:
1. PENOLONG EKSEKUTIF PENTADBIRAN & SEKRETARIAT
2. PENOLONG EKSEKUTIF SUMBER MANUSIA
3. PEMBANTU FARMASI / PEMBANTU JUALAN
4. LATIHAN INDUSTRI & INTERNSHIP (BAHAGIAN PROMOSI)
5. PEGAWAI PROMOSI
6. PHARMACIST
7. KERANI AKAUN

Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon. 

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari - 08 Februari 2023

Latar belakang

Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (KOBANAS) telah ditubuhkan pada 10 Mei 1993 dibawah naungan BSN dan seliaan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Idea Penubuhan koperasi ini telah dicadangkan oleh Yang Berbahagia Pengurus Besar Bank Simpanan Nasional ketika itu iaitu Ybhg. Datuk Mohd Kassa bin Abd. Aziz.

Tujuan utama koperasi ini ditubuhkan adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi kakitangan Bank Simpanan Nasional yang menjadi anggota koperasi ini. Pada masa yang sama penubuhannya juga adalah untuk menggalakkan semangat berkerjasama, membantu diri sendiri, saling membantu di kalangan anggota koperasi dan menggalakkan sifat berjimat cermat. Aktiviti utama KOBANAS sehingga kini adalah merupakan koperasi kredit yang memberikan kemudahan pembiayaan kepada anggota selain dari menjalankan aktiviti perniagaan cafe dan parking yang telah diamanahkan oleh Pengurusan BSN.

Post a Comment

0 Comments