Jawatan Kosong Kerajaan di Jabatan Peguam Negara - 7 Disember 2022

Jawatan Kosong Kerajaan 2022 di Jabatan Peguam Negara Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Jabatan Peguam Negara Malaysia

Jawatan:

KELULUSAN MINIMUM:  IJAZAH

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41 - 294 Kekosongan

Syarat Lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00); atau

(ii) lulus Peperiksaan Akhir Peguam (Bar Final Examination) (Gaji Permulaan pada Gred L41 : RM2,418.00);

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan:

3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Undang-undang atau Jurubahasa Gred LA29/30, LA32,LA38,LA40 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Undang-undang Gred L41, tertakluk kepada kekosongan apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan

(b) had umur pelantikan:
 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau

berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Deskripsi Tugas:

Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.

Cara Memohon:

Semua kekosongan jawatan adalah di bawah Jabatan Peguam Negara Malaysia seluruh negara. Permohonan hendaklah dibuat di Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) sebagaimana link yang admin sediakan di bawah:-

Tarikh Tutup Permohonan : 07 Disember 2022 (Rabu) jam 11:59 malam


Latar Belakang

Jabatan Peguam Negara merupakan pejabat kepada Peguam Negara Malaysia. Ia bermula dengan pengenalan Peguam Negara sebagai ketua pegawai undang-undang negara,  dan  kemudian Jabatan Peguam Negara  telah diiktiraf  sebagai institusi kerajaan secara rasmi. Pada tahun 1948, pelbagai fungsi nasihat perundangan yang telah diberikan kepada kerajaan kolonial/ jajahan pada masa itu telah disatukan sebagai suatu jabatan persekutuan di bawah peruntukan  Perjanjian Persekutuan Malaya, 1948. Kemudian pada tahun 1951, Jabatan Peguam Negara (sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Undang-Undang) telah dikelaskan sebagai sebuah Kementerian dan telah dipertanggungjawabkan  bagi semua perkara perundangan yang melibatkan Kerajaan. Berikut adalah senarai kedudukan / peletakan Jabatan Peguam Negara beberapa tahun semenjak  kemerdekaan sehinggalah ke hari ini:

1957 : Kementerian Dalam Negeri dan Keadilan
1959 : Kementerian Kehakiman
1964 : Kementerian Dalam Negeri dan Kehakiman
1974 : Kementerian Undang-Undang dan Peguam Negara
1980 - kini : Jabatan Perdana Menteri

Post a Comment

0 Comments