Jawatan Kosong di Media Digital Johor - 28 Disember 2022

Jawatan Kosong 2022 di Media Digital Johor | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Media Digital Johor

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN S29 10 Kekosongan

Jadual Gaji:
Gaji Minimum : RM1,493.00
Gaji Maksimum : RM5,672.00
Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00
Imbuhan Tetap Khidmat Awam RM 160.00
Imbuhan Tetap Perumahan RM 300.00
Imbuhan Bantuan Sara Hidup RM 350.00

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Disember 2022, 11.00 Malam





Pengenalan

Media Digital Johor (MDJ) adalah platform setempat kerajaan negeri Johor untuk menyampaikan maklumat yang sahih, tepat dan pantas. Selaras dengan kemajuan teknologi dan komunikasi, MDJ memainkan peranan sebagai sumber informasi utama terhadap dasar dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri. Penyelarasan ini akan memastikan ketelusan dalam penyebaran maklumat kepada seluruh rakyat negeri Johor.

OBJEKTIF

  • Memacu transformasi komunikasi digital kerajaan negeri Johor dan agensi-agensi berkait selaras dengan kemajuan teknologi media sosial yang mendapat liputan meluas dan pantas dalam penyebaran maklumat.
  • Menjadi sumber informasi utama terhadap tadbir urus kerajaan negeri, maklumat am tentang agensi-agensi berkait, hebahan tentang aktiviti, program dan inisiatif rakyat dan portal rujukan berita terkini.
  • Membantu kerajaan negeri Johor dalam memahami isu-isu semasa dan krisis yang melanda kehidupan rakyat terutamanya bagi sektor sosial, pembangunan tempatan, pekerjaan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.
  • Memantau dan memastikan ketelusan dalam hebahan maklumat serta mengekang penularan maklumat palsu terutamanya berkaitan kepenggunaan dan bencana. Memastikan rakyat negeri Johor dilindungi jadi ancaman media digital seperti buli siber, penipuan dalam talian, pencuri identiti dan lain-lain.

Post a Comment

0 Comments