Jawatan Kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Disember 2022

Jawatan kosong terkini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2022. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sepertimana berikut. 

1)  Pembantu Keselamatan KP19 
2) Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19 
3) Pembantu Am H11 

Tarikh tutup permohonan 16 Disember 2022. 
Lokasi penempatan : UTeM Melaka 
Sektor : Kerajaan 

PERHATIAN KEPADA PEMOHON 

1. Semua permohonan jawatan pentadbiran DIMESTIKAN menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara atas talian bagi mengisi Borang Permohonan Jawatan (Sila kepautan yang diberikan di bawah) 

2. Pemohon mestilah memenuhi syarat lantikan yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon sebelum memohon jawatan. Skim perkhidmatan boleh dirujuk dengan klik pada gred yang dipohon pada pautan iklan di atas. 

3. Permohonan yang TIDAK dibuat menerusi Sistem Permohonan Jawatan secara atas talian akan DITOLAK

4. Pemohon dinasihatkan untuk membaca dengan teliti Arahan Pengisian sebelum memohon jawatan. Pemohon DIMESTIKAN memuat naik gambar terkini berukuran pasport dan dokumen sokongan akademik yang berkaitan dengan kelayakan jawatan dipohon. Kegagalan mengisi maklumat dengan lengkap serta tidak memuat naik dokumen sokongan boleh menyebabkan permohonan calon DITOLAK

5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk menjalani ujian saringan atau temu duga. 

6. Sekiranya calon tidak menerima sebarang jawapan dari pihak UTeM dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan, ini bermakna permohonan calon tersebut adalah dianggap tidak berjaya.

7. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi : 

Unit Perjawatan Bahagian Sumber Manusia 
Pejabat Pendaftar 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
06 – 2701981 / 2837 / 1947. 

Email : 
recruit.academic(at)utem(dot)edu(dot)my (jawatan Akademik) 
recruit.non-academic(at)utem(dot)edu(dot)my (jawatan Pentadbiran) 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN: 16 DISEMBER 2022 (KHAMIS) 




Sejarah

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), yang ditubuhkan sebagai Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM), merupakan sebuah universiti awam yang bertempat di Jalan Hang Tuah Jaya, Melaka. UTeM merupakan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta universiti teknikal pertama yang diwujudkan di Malaysia. Walaupun UTeM telah ditubuhkan pada 1 Disember 2000, UTeM telah dinaik taraf menjadi sebuah universiti pada 1 Februari 2007.

UTeM mengandungi dua kampus secara keseluruhannya; kampus utama (Kampus Induk) yang terletak di Durian Tunggal, Melaka; dan kampus ketiga (Kampus Teknologi) yang terletak di Ayer Keroh, Melaka.

Post a Comment

0 Comments