Jawatan Kosong di Majlis Daerah Besut - 30 November 2022

Jawatan Kosong 2022 di Majlis Daerah Besut | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Besut

Jawatan:

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Tarikh Tutup Permohonan : 30 November 2022 (Rabu)


Latar Belakang

Pada 18hb. Julai 1996 melalui Warta Kerajaan N0. 908 kawasan pentadbiran MDB diperluaskan menjadikan luas keseluruhan kawasan Majlis berjumlah 123.367.8 km persegi.

Terdapat 3 buah bandar utama dan 4 buah pusat petempatan yang memainkan peranan penting dalam menawarkan barangan, perkhidmatan dan pentadbiran kepada penduduk dalam kawasan Majlis Daerah Besut. Bandar-bandar tersebut ialah Jerteh, Kampong Raja dan Kuala Besut, manakala pusat petempatan pula terdiri daripada Pasir Akar, Jabi, Apal dan Alor Lintah.

Walaubagaimanapun, luas kawasan operasi Majlis adalah kira-kira 73.82 km persegi sahaja atau meliputi 90% daripada keseluruhan kawasan Majlis.

Bilangan penduduk dalam kawasan Majlis pada tahun 1991 adalah dianggarkan seramai 53,793 orang atau 55% daripada keseluruhan penduduk Daerah Besut dan terdiri daripada 95% Melayu, 4% China dan 1% lain-lain Bangsa.

Bilangan bangunan (holding) yang boleh dikenakan kadar di dalam kawasan Majlis adalah kira-kira 10,122 unit terdiri daripada bangunan-bangunan kediaman (9,622 unit) dan kedai (500 unit). Majlis juga mengenakan kadar bagi bangunan-bangunan Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun yang berjumlah 279 unit.

Post a Comment

0 Comments