Jawatan Kosong di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia - 30 Oktober 2022

Jawatan Kosong 2022 di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

Latar belakang

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (Dewan Melayu) yang digagaskan pada tahun 1938 bakal mencecah usia 83 tahun penubuhannya pada tahun ini. Alhamdulillah, walaupun berdepan perbagai ranjau dan cabaran, Dewan Melayu tetap utuh sebagai satu-satunya komuniti ekonomi yang terbesar di negara kita.

Selama dua tahun yang terakhir ini, Dewan Melayu telah melaksanakan proses pemurnian dan penstrukturan semula organisasi secara menyeluruh demi memastikan pengurusan pentadbiran, kewangan serta aset pertubuhan sentiasa telus dan efisien. 

Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENTADBIRAN & KEWANGAN


Skop Kerja:

1. Memahami dan melaksanakan akaun organisasi untuk audit & proses pentadbiran

2. Mencatat dan melaksanakan fungsi perakaunan serta merekod simpanan dan pengeluaran dan pembayaran bil organisasi

3. Menyediakan invois, 

4. Menyediakan senarai gaji dan rekod yang bekaitan untuk pekerja.

5. Menyediakan serta menyemak dokumen dan surat berkaitan hal pentadbiran dan sijil tempasal

6. Melaksanakan kerja di luar pejabat jika perlu seperti diarahkan

7. Lain-lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Makluman:

i. Permohonan untuk senarai kerja kosong di atas adalah melalui myfuturejobs. Oleh demikian, anda dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum memohon.

ii. Jika sudah mendaftar, anda bolehlah memohon jawatan kosong di atas dengan menekan link yang admin sediakan di bawah. Semoga anda diberikan rezeki oleh Nya untuk memperoleh pekerjaan yang diidamkan. Aminn..

Tarikh Tutup Permohonan : 30 Oktober 2022

Post a Comment

0 Comments