Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) - 28 Oktober 2022

Jawatan Kosong 2022 di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)

Latar Belakang

Dewan Bandaraya Kuching Utara atau nama rasminya, The Commission of Kuching North City Hall (Melayu: Suruhanjaya Dewan Bandaraya Kuching Utara, ringkasan DBKU) merupakan salah satu daripada dua pihak berkuasa yang mentadbir bandar raya Kuching. Kuching telah dinaikkan ke taraf bandar raya pada 1 Ogos 1988 dan merupakan bandar raya yang ketiga dari segi turutan di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Ipoh.

Jawatan:

1. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP JA29

Jabatan: Dewan Bandaraya Kuching Utara
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Kejuruteraan
Bahagian Yang Memerlukan: Bahagian Lanskap

Gaji Minimum : RM 1,549.00
Gaji Maksimum : RM 5,701.00

Antara Skop Tugas Utama :

a) Bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja lapangan, surihan, penyediaan lukisan ilustrasi, penyediaan pelan dan dokumentasi, pemantauan, pemuliharaan landskap, penyelidikan dan pengurusan.

b) Melaksanakan kerja-kerja pengumpulan maklumat untuk perancangan dan reka bentuk projek pembangunan landskap

c) Menyediakan cadangan reka bentuk, pelan-pelaan konsep dan laporan cadangan kos projek-projek pembangunan landskap, penyediaan sebut harga dan tender

d) Melaksanakan pembinaan projek pembangunan landskap dan menyedia program pembangunan rekreasi

e) Melaksanakan kerja-kerja pemantauan penggunaan dan penguatkuasaan dasar, akta, garis panduan dan peraturan berhubung dengan landskap

Syarat Lantikan:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Berumur tidak kurang dari 23 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

b) Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya. (Kelayakan lantikan untuk kegunaan di Pihak Berkuasa Tempatan) [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] ; atau

c) Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM 1,549.00] ; atau

d) Diploma dalam bidang seni landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM 1,935.02]

e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, adalah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan menulis surat besertakan resume yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja beserta sijil-sijil yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit
b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir
c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan

Tarikh Tutup Permohonan : 28 Oktober 2022  (Jumaat)



Post a Comment

0 Comments