STR 2024 Fasa 1 – Permohonan STR 2024 telahpun dibuka. Bagi mereka yang ingin membuat permohonan baru atau membuat kemaskini status, digalakkan untuk melakukan dengan kadar segera. Hal ini kerana tarikh anda mendaftar akan menentukan bila anda akan menerima bayaran Fasa 1 STR.
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Kami ingin memaklumkan bahawa anda boleh memohon untuk tahun 2024 mulai 1 November 2023. Sila pastikan anda telah menyemak status permohonan anda atau membuat permohonan baru jika belum. Sila lengkapkan borang permohonan dengan betul dan lengkap.
Sumbangan Tunai Rahmah – STR 2024 Fasa 1
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Jumlah Bantuan STR 2024 Fasa 1
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima STR untuk fasa 1 adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
1. Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500Tiada Anаk: RM500
1 – 2 Anak: RM500
3 – 4 Anak: RM500
2. Pеndараtаn RM2,501 – RM5,000
Tіаdа Anаk: RM1001 – 2 Anаk: RM150
3 – 4 Anаk: RM250
3. Bujang (Pendapatan <RM2,500)
21-59 Tahun : RM100OKU 19-59 Tahun : RM100
- Nama Pemohon
- No MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Mаklumаt реmbауаrаn Fаѕа 1 (jіkа lауаk)
0 Comments