Jawatan Kosong di Majlis Daerah Bera (MDB) - 21 Ogos 2023

Jawatan Kosong 2023 di Majlis Daerah Bera (MDB) | Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Majlis Daerah Bera (MDB)

Jawatan:

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U41/U42

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR GRED JA36

3. PENOLONG JURUTERA GRED JA36

4. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32

5. PENOLONG AKAUNTAN GRED W32

6. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N22

7. PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP22

8. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19

9. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19

Cara Permohonan:

i. Syarat-syarat dan kelayakan permohonan boleh dirujuk secara dalam talian di Laman Web Majlis iaitu www.mdbera.gov.my seperti mana pautan di atas.

ii. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan MD. BERA 1 Pindaan 3/2017 dengan harga RM1.00 setiap borang yang boleh didapati dengan cara datang sendiri ke pejabat atau juga boleh diperolehi secara percuma melalui Laman Web Majlis iaitu www.mdbera.gov.my. @ melalui link yang admin sediakan di bawah. Sila kemukakan permohonan kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH BERA
28200 BANDAR BERA
PAHANG DARUL MAKMUR
( u/p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia )

iii. Permohonan daripada pegawai yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A 21’. Permohonan hendaklah dikemukakan bersama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan bagi tiga (3) tahun terkini (termasuk kakitangan kontrak).

iv. Permohonan berikut akan ditolak jika :

a) Tidak lengkap, tidak disertakan dengan salinan mykad, gambar dan tidak menyertakan salinan sijil-sijil yang disahkan;

b) Tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan ; dan

c) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat (termasuk kakitangan kontrak).

Tarikh Tutup Iklan

Borang yang lengkap diisi mestilah dihantar sebelum atau pada 21 Ogos 2023 (Isnin) ke Bahagian
Pentadbiran dan Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Aras 1, Pejabat Majlis Daerah
Bera.

Catatan

i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga;

ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Perhatian Kepada Semua Pemohon

“ Tawaran pelantikan tuan / puan ini tertakluk kepada apa-apa semakan oleh Kerajaan kepada terma dan syarat perkhidmatan dari semasa ke semasa ”



*Sila baca arahan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Ogos 2023 (Isnin)


Latar Belakang

Majlis Daerah Bera ini telah ditubuhkan pada 1 Januari 1998 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan telah beroperasi selama 9 tahun 5 bulan. Keluasan kawasan Majlis Daerah Bera adalah 1,970 km persegi (tidak termasuk Hutan Simpan) (89.0 %) manakala luas kawasan operasi pula adalah 270 km persegi (14.0 %).

Post a Comment

0 Comments